"...SEBAGAI SEORANG EMCEE, ANDA PERLU FAHAM DAN JELAS MENGENAI FALSAFAH SEBAGAI SEORANG PENGACARA MAJLIS..."
Dengan memahami tujuan anda dipilih / dibayar sebagai EMCEE, ia akan menyedarkan anda bahawa keberadaan anda di suatu majlis adalah untuk melaksanakan 4 M seperti berikut:
Apa itu 4M ? Okeh. Rakan2 baca satu persatu apa yang Tuan Haji Shahril telah kongsikan ini. Jangan skip ya.
1. MENGAWAL MAJLIS
Seseorang EMCEE yang dilantik tidak dapat “mengawal” suasana majlis, maka ia bukan saja mencacatkan, bahkan mungkin menggagalkan majlis.
2. MEMBAWA ACARA
EMCEE tidak boleh sesuka hati menukar aturan majlis sesuka hati kerana ia akan menjejaskan persedian semua pihak yang terlibat.
3. MEMBERIKAN MAKLUMAT
Harus diingat, info atau maklumat yang diberi tidak terlalu banyak dan tidak terlalu longgar. Just Nice, itu mungkin ungkapan yang mudah difahami.
4. MENGHIDUPKAN MAJLIS
Setiap jenis acara punya “SPECIAL BUTTON” untuk dihidupkan. Jika anda tahu bila dan bagaimana untuk menekannya, maka anda akan berjaya menjadi seorang EMCEE yang disegani.
Nak tahu apakah “SPECIAL BUTTON” yang dimaksudkan? Ia adalah VOKAL dan EMOSI.
Rakan-rakan EMCEE sekalian, semua perkara2 di atas hanya boleh dilaksana dengan ILMU, barulah majlis tersebut hidup dan berjaya.